Kisah Areum Di Malaysia~

4. Ogo, 2015

BAB 1:PULANG KE MALAYSIA

 

  Areum melihat ke luar tingkap.Dia bakal meninggalkan Seoul,ibu kota  Korea Selatan sebentar sahaja lagi.Apakan daya,dia harus mengikut kakaknya pulang semula ke tanah air ibu mereka,iaitu Malaysia.Dia memejamkan mata.Dia mahu tidur sementara menunggu kapal terbang terbang tiba di destinasi.

                                                                           

   -----------------------------------------------------------------

 

  Areum dan kakaknya,Haru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA).Mereka sudah keluar dari balai ketibaan dan kini sedang menunggu di luar lapangan terbang.

 

   Areum memandang sekeliling manakala kakaknya,Haru sedang memerhatikan dua orang kanak-kanak yang sedang berlari.

 

  “Kak,siapa yang sepatutnya menjemput kita?”Areum bertanya kepada kakaknya.

 

   “Hmm?Oh,sepatutnya Pak Su Min yang jemput tapi,entahlah.”Jawab Haru acuh tak acuh.Areum hanya mengangguk dan terus memerhatikan keadaan sekeliling.Tiba-tiba...

 

    “Areum!Haru!Sini!Sini!”Seseorang memanggil nama mereka berdua.Suara itu datangnya dari sebelah kanan mereka.Kelihatan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an melambai-lambai ke arah mereka berdua.

 

    “Haa,itupun pak su,jom!”Kata Haru lalu menarik bagasinya dan menuju ke arah pak su mereka.Areum hanya mengikut langkah kakaknya.Mereka menyalami  pak su mereka.Selepas itu,Pak Su Min tolong mengangkut beg-beg mereka berdua ke dalam bonet kereta.

 

Setelah selesai,mereka terus menaiki kereta dan kereta jenama Volkswagen itu meluncur laju keluar dari kawasan lapangan terbang menuju ke pusat bandar.Areum berharap kehidupannya di sini dipermudahkan dan dapat mencipta memori indah.

 

    Areum merenung ke luar tingkap bilik.Sudah dua hari dia menetap di Malaysia.Dia dan kakaknya tinggal di  rumah agam datuk mereka bersama Pak Su Min,Nek Sal,Tok Ayah,Pak Lang Din serta pekerja-pekerja di situ.

 

    Areum mengambil keputusan  untuk keluar bersiar-siar di luar.Dia turun ke ruang tamu untuk meminta izin daripada datuknya.Tok Ayah sedang membaca suratkhabar sambil minum petang bersama Nek Sal dan Pak Su Min di luar rumah.Areum merasakan dadanya berombak dan jantungnya hendak pecah.Areum mempunyai darah gemuruh sejak kecil.

 

   Areum berjalan mendekati datuknya perlahan –lahan.Pak Su Min perasan akan kehadiran Areum. “Eh,Areum!Marilah minum petang sama-sama.”Ajak Pak Su Min.Areum terkejut dan berhenti seketika.

 

  “Err...”Areum tidak tahu apa yang hendak dikatakan.Nek Sal hanya memerhatikan gelagat cucunya itu.

   “Areum,kenapa kamu kelihatan gelisah?Ada apa-apa yang berlaku ?”Tanya Tok Ayah.Dia hairan melihat kelakuan Areum.

 

Areum menghembus nafas.

 

 “Umm,sebenarnya...Areum nak...minta izin untuk...keluar...”Kata Areum perlahan.

 

 “Apa dia?”Tanya Tok Ayah.Dia tidak mendengar apa yang Areum cakap kerana suara Areum yang halus dan perlahan.  “Dia cakap dia minta izin untuk keluar.”Kata Pak Su Min lalu menghirup kopi sambil membaca majalah.

 

  Tok Ayah mengangguk.“Oh,kenapa tak cakap saja terus terang dari tadi.Boleh,tetapi kamu yakin nanti tidak apa-apa?Tok risau nanti kamu sesat pula.”Kata Tok Ayah bimbang.

 

   “Alaah,apa nak dibimbangkan,,biarlah dia keluar jalan-jalan.”Kata Nek Sal.Tok Ayah memandang Nek Sal.“Bukannya saya tak bagi,tapi Areum kan masih belum biasa dengan kawasan di sini,nanti dia sesat sampai ke esok baru pulang.”Kata Tok Ayah.

 

 “Hish,awak ini!Janganlah cakap macam tu.”Tegur Nek Sal. “Hmm,baiklah tapi,kamu mahu pergi seorang sahaja?Tidak berteman?”Tanya Tok Ayah lagi.Areum mengangguk.“Hai,kakak ini tidak mahu ajak?”Haru muncul secara tiba-tiba.Areum terkejut.Hampir terkeluar jantungnya.

 

  “Tok,saya pun nak jalan-jalan.Dekat-dekat sini ada pasar malam,taman permainan, padang bola sepak dan futsal, kan?”Kata Haru bersemangat.Tok Ayah mengangguk.

 

   “Hmm,pergilah, tetapi ingat,jangan merayau-rayau,jaga keselamatan,jangan beli benda bukan-bukan,duit ada tak?”Tanya Tok Ayah.Mereka mengangguk.“Haa,alang-alang nanti tolong belikan nenek cili kering dan bawang besar di pasar malam tu.Ambil duit RM 10 dekat laci sana tu. Ambillah                      bakinya nanti.”Kata Nek Sal lalu menunjukkan laci tersebut yang berada di ruang tamu.

   “Kasamhamnida,”Kata Areum dan Haru serentak.

 

     Areum pergi mengambil duit itu manakala kakaknya mengambil beg tangan mereka berdua di atas.Kemudian mereka keluar.

 

  “Assalamualakum,bye,kami pergi dulu,”Haru melambai-lambai sebelum keluar.

 

   Areum dan Haru berjalan kaki ke sana.Tidak jauh pun,dalam 200 meter sahaja jaraknya.Dalam masa lebih kurang 10 minit,mereka sampai di pasar malam. 

 

 

 

 

BAB 2:KECOH ‘HANGUL’ DI PASAR MALAM

 

 

 

   Suasana pasar malam sangat meriah dan bising.Ramai orang di pasar malam.Haru dan Areum bersesak-sesak di antara orang ramai.Mereka pergi membeli barang yang dipesan oleh nenek mereka dahulu.

 

  “Ergh!Sesaknya!”Rungut Haru.Areum pula dengan mudah berjalan di celah-celah orang ramai tetapi kadangkala dia ditolak semula ke belakang.Akhirnya,mereka tiba di kawasan yang menjual barang-barang basah.

 

  “Fuh!Sesak nafas,”Haru menarik nafas panjang,Areum tersenyum melihat kakaknya.

 

  ‘Ramainya orang hari ini,mungkin sebab hari minggu.’Fikir Areum.Mereka terus membeli cili kering dan bawang besar.Kemudian,mereka berjalan-jalan di sekitar pasar malam tersebut.

 

   Mereka melihat tudung dan selendang di sebuah gerai.Haru sedang membelek tudung bawal manakala Areum pula membelek tudung pasang siap.Mereka rambang mata kerana di Korea,bukan mudah hendak jumpa pakaian muslimah.  

   “Okey,saya ambil semua ini.Saya hendak tengok kerongsang dan pin pula.”Haru membelek pin dan kerongsang yang ada di situ.Areum menjeling ke arah kakaknya.

 

   Omo!Banyaknya tudung yang kakaknya mahu beli.Ada lebih kurang 20 helai.Biar betul kakaknya ini.“Areum!Cepatlah!Apa yang kamu termenungkan lagi?”Gesa Haru tidak sabar.Areum tersedar dari lamunannya.“Mianei!”Cepat-cepat dia membayar harga tudung bawal dan tudung pasang siap yang diambilnya tadi.

 

    Selepas itu,mereka menuju pula ke sebuah gerai yang menjual beg dan anak patung.Ada skirt juga dijual di situ. “Murahnya beg ini,kakak mahu belilah.”Haru terus membayar harga beg itu.Areum sedang melihat anak-anak patung.Dia tertarik pada beberapa anak patung beruang dan kucing.

 

   “Saya mahu beli ini...”Kata Areum sambil menunjuk ke arah seekor patung beruang besar dan seekor patung kucing yang menyerupai bantal peluk kepada pekedai itu.Suaranya agak perlahan dan halus tetapi masih boleh didengari..“Hmm?Oh,harganya Cuma RM 24 sahaja.”Balas pekedai itu.

 

   Areum membayar harga kedua-dua anak patung itu.Saiz kedua anak patung itu agak besar dan tidak muat disimpan di dalam plastik.

 

  “Macam mana ini?Mustahil kita hendak bawa kedua-dua anak patung ini bersama.”Kata Haru.Pekedai itu juga bingung memikirkan masalah ini.Areum mendapat  satu idea.“Pak cik,pak cik berniaga sampai malam?”Tanya Areum kepada pekedai tersebut.Pak cik itu mengangguk.

 

  “Begini,apa kata pak cik simpan dahulu patung-patung ini.Nanti saya datang semula dan ambil patung-patung ini malam nanti.Bagaimana?”Pak cik itu tersenyum dan mengangguk.“Boleh juga,lagipun pak cik berniaga sehingga larut malam.”Pak cik itu pun mengasingkan patung-patung tersebut dan meletakkannya di tepi.“Kamsahamnida,”Ucap Areum.

 

   Mereka pun terus meninggalkan gerai itu.Tiba-tiba,perut mereka terasa lapar.“Err,Areum,perut kakak menyanyi-nyanyi ni.Jom cari makanan dulu.”Ajak Haru.Areum mengangguk  dan mereka pun ke kawasan yang menjual makanan.

 

  

 Kawasan menjual makanan sesak tetapi tidak sesesak di tempat menjual barang-barang  basah  tadi.Haru tidak tahu hendak makan apa.Areum hanya diam.Tiba-tiba,Haru ternampak sebuah gerai yang menjual sate dan rojak sayur.

 

  “Areum,makanan di situ nampak sedap.Jom beli.”Kata Haru lalu menarik Areum ke gerai tersebut.Hampir terjatuh Areum dibuatnya.Haru dan Areum kurang arif tentang makanan di Malaysia.Ada sesetengah makanan di Malaysia yang mereka tidak pernah lihat dan rasa langsung.

 

    Dua orang remaja lelaki sedang membakar sate manakala seorang pak cik(mungkin ayah mereka)sedang membasuh sayur di belakang.Salah seorang dari remaja itu perasan akan kehadiran mereka berdua.

 

    “Ya,nak apa?”Tanya remaja itu.Lelaki di sebelahnya turut mengangkat kepala.“Hmm,ini dan ini,”Kata Haru lalu menunjuk sate ayam dan sate kambing.“Bagi dua setiap satu,i geo po jang hae ju se yo.”Kata Haru lagi.

 

    “HAH?”Kata remaja lelaki itu serentak.Mereka tidak memahami apa yang dikatakan oleh Haru.

 

     “Mianei,mianei!Err...”Haru kehilangan kata.Areum melihat kakaknya yang sedang cemas “Tolong bungkus...”Kata Areum.“Oh...”Kedua-dua remaja lelaki itu mengangguk.Haru menarik nafas lega.

 

     Areum melihat rojak-rojak yang sudah siap dibungkus.“Apa ni?”Tanya Areum kepada salah seorang remaja lelaki itu.“Oh,itu rojak.Cik nak beli?”Tanya remaja lelaki itu.Areum melihat rojak itu. ‘Nampak sedap.’

 

    “Bagi dua...”Kata Areum sambil menaikkan dua jarinya.Remaja itu mengangguk.Dia terus memasukkan rojak itu ke dalam plastik.“Kye san hae ju se yo.”Kata Haru sambil mencari dompet di dalam beg tangannya.

 

   “HAH?”Sekali lagi,mereka tidak faham apa yang Haru katakan.“Mianei!Err...”Sekali lagi Haru kehilangan kata-kata.“Tolong kira...”Dan sekali lagi,Areum menyelamatkan kakaknya.

 

    Kedua-dua remaja lelaki itu mengangguk.Salah seorang dari  mereka sedang mengira jumlah kesemua makanan tersebut.“Emm,semuanya berjumlah RM 28,”Katanya.Haru segera membayar harga makanan tersebut dan beredar.Areum mengambil makanan tersebut dan mengikuti langkah kakaknya.

 

  “Kamsahamnida,”Kata Areum kepada mereka berdua sebelum beredar.Kakaknya sudah jauh di hadapan.

 

   “Aaah,malunya!”Kata Haru dengan wajah yang merah merona.“Tak apalah,kak.Kita kan masih belum petah berbahasa Malaysia...”Pujuk Areum.Haru tidak membalas sebaliknya hanya menunduk malu.

 

    Mereka terus mencari makanan.Mereka singgah di gerai yang menjual pelbagai jenis nasi dan  mee serta makanan bergoreng.Areum kenal sesetengah makanan di situ.

 

    “Tolong bungkus yang ini dan ini.Areum nak apa?”Tanya Haru kepada Areum yang sedang melihat kesemua makanan di situ.Areum menunjuk pada nasi lemak yang sudah siap dibungkus.Mak cik penjual itu  segera mencedokkan nasi goreng cili padi dan kuew tiaw goreng yang dipesan oleh Haru.

 

   “Aiman,tolong mak bungkus makanan ni!”Kata mak cik itu kepada anaknya.Seorang remaja lelaki yang sedang bermain dengan iphonenya segera membantu ibunya.Dia memasukkan makanan yang sudah dibungkus oleh ibunya termasuk nasi lemak tersebut ke dalam  plastik.

 

     “Semuanya RM 6,”“Mak cik,tambah fishball dan ayam goreng ni sekali!”Kata Haru.Mak cik itu  mengangguk.Areum melihat kakaknya.‘ Banyaknya makanan,’Tetapi kakaknya memang kuat makan.Walaupun begitu,badan kakaknya tetap langsing dan ideal.

 

     “Kalau begitu,semuanya RM 14.40.”kata mak cik itu sambil anaknya membungkuskan empat fishball dan dua ketul ayam.Kali ini,giliran Areum untuk membayar  harga makanan itu.

 

    “Kamsahamnida,”Ucap Areum dan Haru sebelum  beredar.

 

    Mak cik itu terpinga-pinga mendengar apa  yang mereka berdua katakan manakala anaknya pula memerhatikan  Areum dan kakaknya pergi.

 

   Kali ini,mereka berdua pergi membeli air di sebuah gerai yang menjual pelbagai jenis minuman.Gerai itu turut memasang radio dengan kuat.Lagu K-pop,iaitu lagu Man In Love nyanyian kumpulan Infinite sedang diputarkan.

 

   Seorang  gadis bertudung putih tersenyum manis kepada mereka.

 

   Haru mengambil air Minute Maid Pulpy dan air mineral botol besar.Areum ingin membeli air yang dibancuh.Dia menunjuk pada air asam boi.“Cawan besar ke kecil?”Tanya gadis itu.

 

  “Emm,besarlah,”Kata Areum kepada gadis itu.Tiba-tiba,sekumpulan remaja muncul dan ingin membeli di situ  juga.Kemudian,muncul pula  sebuah keluarga dan seperti mereka berdua dan kumpulan remaja itu,mereka juga ingin membeli minuman.Gadis itu agak kelam kabut.Mujurlah adik beradiknya muncul dan terus membantu.

 

  “Nah,”Kata seorang gadis bertudung biru sambil menghulurkan cawan berisi air.Areum menyambutnya tetapi dia mendapati bahawa air itu bukan air yang dipesannya.Cawan plastik itu lutsinar dan jelas kelihatan air berwarna kuning di dalamnya.Kumpulan remaja dan keluarga iu sudah pergi.Tinggal Areum dan Haru sahaja.

 

   Gadis bertudung biru itu mengira kesemua jumlah harga air itu tetapi Areum mencelah,“Unnie,i geon an si kyeoss-eo yo.

 

“HAH?”Gadis itu bingung mendengar kata-kata Areum.

 

   “I geon an si kyeoss-eo yo.”Ulang Areum.Gadis itu tetap tidak faham.Areum baru tersedar yang dia menggunakan Hangul.“Mianei,kakak,saya tidak pesan ini.Tadi saya pesan air lain,”Kata Areum dengan pipi yang merah.

 

   Gadis itu mengangguk.“Oh,tadi kamu pesan air apa?”Areum menunjuk pada air asam boi yang berwarna oren pekat.

 

    Salah seorang dari kumpulan remaja tadi muncul semula.Di tangannya ada secawan air asam boi.“Maaf,tapi saya pesan air lain tadi.Ini bukan apa yang saya minta,”Katanya lalu meletakkan cawan itu di atas meja.Gadis bertudung biru itu meminta maaf dan segera menukar air Areum dan lelaki itu.

 

  Kini,tiba masa untuk bayar.“Semuanya RM 7.80”Kata gadis bertudung putih itu kepada Haru.Haru mengerutkan dahinya.

 

  “Mianei,kye san-i deul lyeo yo.”Kata Haru.

 

  “Err,apa dia tadi?”Haru terus menekup mulutnya dan pipinya mulai memerah.“Mianei,mianei-yo,maksud saya,awak salah kira,”Kata Haru.

 

   Gadis itu mengira semula.“Ah,ya.Minta maaf,semua sekali RM 6.80,”Haru membayar  harga minuman itu dan mengambil baki duit air itu.

 

    “Kamsamhanida,”Kata Areum dan Haru lalu beredar.

 

BAB 3:INSIDEN DI PADANG BOLA

     Gadis bertudung biru dan adik beradiknya bingung mendengar kata-kata mereka berdua.Sepanjang berada di pasar malam tersebut, mereka menggunakan Hangul dan menyebabkan beberapa orang peniaga bingung mendengar kata-kata mereka.

 

 

 

 

 

 

      Haru dan adiknya makan di tepi padang bola sepak.Kebetulan ada perlawanan yang sedang berlangsung.Sambil makan,mereka menonton perlawanan tersebut.

 

      “Areum,tadi kakak ternampak papan tanda kat depan sana.Nampaknya ada taman rekreasi,kompleks sukan,mini market dan kebun bunga berdekatan sini,”Kata Haru  teruja.

       “Masjid dan dewan serbaguna pun sama,”Sambungnya lagi lalu menggigit fishball.Areum mengangguk perlahan. 

 

“Baguslah begitu,”bisik  hati kecil Areum.

 

        Nampaknya perlawanan itu berhenti seketika.Para pemain keluar dari padang dan berehat di tepi.Areum dan kakaknya duduk tak berapa jauh dari mereka semua.Areum makan rojak sayur yang dibelinya tadi.

 

      “Mae wo yo!”Areum mencapai minumannya dan terus meneguk air asam boi itu untuk menghilangkan kepedasan yang dirasainya.“Waeyo?”Tanya Haru.

 

      “Unnie,rojak ini pedaslah...”Kata Areum dengan perlahan.Matanya sudah berair dan tekaknya perit.Sejujurnya,Areum tak berapa boleh makan makanan yang pedas.

 

       “Mari,biar unnie yang makan,”kata Haru lalu mengambil rojak itu lalu memasukkan sedikit rojak ke dalam mulutnya.“Hmm,maep ji man mas-iss-eo yo,”Kata Haru dengan mulut yang penuh.Dia memasukkan lagi rojak ke dalam mulutnya.

 

  “Mas-iss-eo yo,”kata Haru lagi sambil memejamkan mata.Areum hanya memerhatikan kakaknya sambil makan secucuk sate ayam dicicah yang dengan kuah kacang.“Waeyo?Kenapa tengok kakak macam tu?”Tanya Haru apabila Areum asyik memerhatikan dirinya.Areum hanya menggeleng perlahan.

 

    “Hai,Assalamualaikum,annyeong haseyo,”

 

     Seorang remaja lelaki menegur mereka berdua.Dia tersenyum manis kepada Areum dan Haru.Haru menjeling ke arah sekumpulan remaja lelaki lain yang bermain bola tadi.Mereka sedang melihat Haru dan Areum sambil berbisik dan tersengih-sengih macam kerang busuk.

 

     “Err,Waalaikumsalam,annyeong haseyo...”Jawab mereka berdua hampir serentak.“Kawan saya mahu berkenalan.”Katanya lagi.“Berkenalan?Siapa kawan awak itu?Kenapa tak  face to face sendiri?Mana dia ?Dia di sana?Dia menyorok di sebalik kawan-kawan awak?Atau menyorok di belakang pokok?”Tanya Haru bertubi-tubi.

 

      Remaja lelaki itu pening mendengar semua soalan yang dilontarkan oleh Haru.“Err...Dia ada,tak meyorok pun,dia sebenarnya malu jadi dia suruh saya yang tanyakan.Dia hendak tahu nama awak berdua,”Kata remaja itu sambil tersenyum.

 

      Haru merenung remaja lelaki itu.“Mana dia?”Haru mencari-cari  kawan lelaki itu di antara lebih dua puluh orang remaja lelaki di situ.

 

    “Itu...”Dia menunjuk pada seorang remaja lelaki yang memakai jersi berwarna hitam berjalur merah dan putih.Tertera nombor 32 pada jersinya.Dia terus berpaling dan menyorok apabila Haru merenung dirinya.

 

     Haru mencebik.“Hmph!Tolong beritahu dia, saya tak sudi berkenalan!”Kata Haru tegas.Dia menghalau remaja lelaki itu. Remaja lelaki itu kembali pada rakan-rakannya sambil berkata sesuatu pada mereka.

 

      Areum hanya melihat  mereka semua.Remaja lelaki berjersi nombor 32 itu kelihatan kecewa.Tiba-tiba,pandangan mereka bertembung.Areum terkejut dan pipinya terus bertukar menjadi merah.Dia tersenyum pada Areum.Areum menunduk malu tetapi tetap membalas senyumannya semula.Dia pula yang tertunduk malu.

 

     Nampaknya,mereka semua tidak sambung bermain,sebaliknya mereka menuju ke arah sebatang pokok.Di bawah pokok itu ada banyak motorsikal yang dipakir di bawahnya.Hampir kesemuanya berjenama Honda.Ada di antaranya motor jaguh dan Kawasaki Ninja.

 

     Areum memandang kakaknya.“Kakak ni,tak baiklah macam tu,”Tegur Areum.“Biarlah,jual mahal...”Balas Haru sambil makan.

 

     Areum hanya menggelengkan kepala.“Saya nak buang sampah,”Kata Areum lalu berjalan ke arah tong sampah kitar semula yang berada di seberang jalan.Kemudian,dia berjalan semula ke tempat rehatnya tadi.

 

    Tanpa disedari,ada sebuah motorsikal menuju ke arahnya dengan laju.Haru yang perasan akan kehadiran motorsikal itu menjerit ,“AREUM!!!BELAKANG KAMU!!!”Penunggang motorsikal itu turut menjerit,“AAAAAH!!!KE TEPI!!! KE TEPI!!! KE TEPI!!!”Jeritnya sambil membunyikan hon dengan kuat.

 

     Areum menoleh ke belakang.Entah mengapa dia  tidak dapat bergerak.Penunggang motorsikal itu membrek.Haru berlari ke arah adiknya.

 

“AAAAAAAAAAAAH!!!”

 

SKREEEEET!!!

 

 

 “AREUM!!!”

 

BRAK!

 

     Tiba-tiba,suasana menjadi gelap...

 

 

 

BAB 4:KAWAN-KAWAN BAHARU

 

 

 

Tit!Tit!Tit!

 

     Areum terbaring lemah di atas wad.Haru,Tok Ayah, Nek Sal,Pak Su Min dan Pak Lang Din berada di sisinya.Mereka sebak melihat dan mengenangkan nasib Areum yang malang.Remaja lelaki itu beserta keluarganya turut berada di situ. Terpamer rasa kesal di wajah mereka terutamanya remaja itu.

 

Flashback kejadian petang semalam...

 

SKREEEEET!!!

 

     Motosikal itu sempat berhenti,tepat-tepat di hadapan Areum.Nafas Areum terhenti seketika.Haru segera mendapatkan adiknya.“Areum! Areum tak apa-apa?!”Haru terus memeluk adiknya sambil menangis.Kawan-kawan remaja itu bergegas ke arah mereka bertiga.Areum masih kaku.Mukanya pucat bagaikan mayat.Dia tak mampu berkata apa-apa.Kejadian tadi sangat mengejutkan dirinya.Dia masih memikirkan kejadian tadi.

 

    Dia rasa lututnya lemah.Tangan dan kakinya menggigil.Jantungnya berdegup kencang.Secara tiba-tiba,dia jatuh rebah ke tanah.Haru terkejut lalu memanggil dan menggoncang badan Areum sekuat hati.“Hei,Areum?Areum?Areum?!Areum?!”Panggil Haru.

 

Tetapi tiada respons dari Areum.

 

  “AREUM!TIDAK!!!”Haru terus menangis sekuat hatinya.Remaja itu kaku.Dia tidak percaya apa yang dilihatnya.“TIDAK!!!INI TAK MUNGKIN!!!”Dia meraung-raung bagaikan orang tidak siuman.Beberapa orang kawannya cuba menenangkan mereka berdua.

 

    Salah seorang dari mereka meletakkan jarinya di hidung Areum.Dia menghela nafas lega apabila mendapati Areum masih bernafas.

 

     “Dia masih bernafas!Cepat hubungi ambulans!”Arahnya kepada salah seorang rakannya.

 

      “Baiklah!”Seorang remaja lelaki berjersi merah terus mendail nombor panggilan kecemasan.Orang ramai yang lalu lalang ternampak kejadian itu turut mengerumi tempat itu.

 

NEENO!NEENO!NEENO!NEENO!

 

      Bunyi siren ambulans.Para paramedik memberi bantu mula dan mengangkat Areum ke dalam ambulans itu.Haru dan penunggang motorsikal itu turut sama-sama menaiki ambulans tersebut.Ambulans itu terus meluncur laju ke hospital.Tok Ayah,Nek Sal,Pak Lang Din dan Pak Su Min hampir diserang serangan sakit jantung terutamanya Tok Ayah dan Nek Sal apabila diberitahu tentang hal itu.

 

      Mereka semua bergegas ke hospital.Apabila sampai,mereka terus mencari Haru.Haru menunggu di hadapan bilik rawatan kecemasan bersama penunggang motorsikal tersebut.Berlaku perselisihan faham tentang kejadian itu.Tok Ayah hampir membelasah penunggang motorsikal itu.Mujur dihalang oleh Pak Lang Din dan Pak Su Min.

 

       Haru menjelaskan kejadian sebenar.Penunggang motorsikal itu meminta maaf sambil menangis.Dia siap melutut namun Tok Ayah menyuruhnya bangun semula.Tok Ayah meminta maaf atas kekasaran dan serkap jarang pada remaja itu sebentar tadi.Dia tetap menangis sehingga berhingus.Tidak lama selepas itu,keluarganya pula datang.Dia dimarahi sekali lagi dan bapanya meminta maaf atas apa yang telah berlaku.Semakin kuat remaja itu menangis.Kasihan pula Haru melihat remaja itu.

     Seorang doktor keluar daripada bilik rawatan tersebut.Dia memberitahu bahawa Areum selamat dan tidak apa-apa cuma dia masih belum sedarkan diri.Mereka bergegas pergi melihat keadaan Areum.Seperti yang diberitahu,Areum masih belum sedarkan diri.

 

     Sejam kemudian,barulah Areum sedar semula.Mukanya pucat dan kepalanya pening.Haru dan Nek Sal menemani Areum sepanjang malam.

 

      Keesokan harinya,Areum demam panas.Suhu badannya mencecah 40 darjah celcius.Doktor mengatakan bahawa Areum terkejut dengan apa yang hampir menimpanya.Keluarga remaja itu ingin membayar pampasan kepada Tok Ayah tetapi Tok Ayah menolak dengan baik.

 

       Tok Ayah sudah memaafkan remaja itu dan membenarkan mereka sekeluarga melawat Areum.

 

Kini di wad Areum...

 

         Sudah dua hari Areum ditahan  di wad.Haru tetap setia menemani Areum.Remaja lelaki itu masih terhincut-hincut menangis.“Hiks..,maafkan saya,kalau bukan sebab saya,awak takkan berada di sini...”katanya dengan suara yang serak dan mata yang bengkak.Mungkin dia menangis selama dua hari berturut-turut tanpa henti.

 

         “Jangan kata begitu,lagipun perkara sudah berlaku.Kita tidak boleh menyesal dengan takdir yang Allah S.W.T telah tetapkan.Awak tak berniat langsung nak cederakan saya,lagipun salah saya juga sebab tak pandang kiri dan kanan sebelum melintas,sudahlah bersedih,ya?”Kata Areum dengan suara yang lemah tetapi masih mampu mengukirkan senyuman.

 

         “Emm...”Dia mengangguk perlahan.“Oh ya,siapa nama awak?”Tanya Areum. 

 

        “Nama saya...Fikri,Fikri Iman...tapi orang panggil Fikri sahaja...keluarga dan kawan-kawan panggil Fiq...”Jawabnya tersekat-sekat.“Fikri,boleh kita berdua berkawan?”Tanya Areum.Terbeliak mata Fikri mendengarnya.

 

         “Kenapa awak nak berkawan dengan saya pula?”Tanya Fikri hairan.Areum tersenyum.“Awak berasa bersalah sangat dan rajin melawat saya setiap hari.Saya rasa awak ni seorang kawan yang baik,jadi saya nak berkawan dengan awak.Sekiranya tidak sudi pun tidak mengapa...”Areum terbatuk selepas habis bercakap.

 

          Fikri terpaku. Matanya berkaca.Dia tidak sangka yang Areum mahu berkawan dengannya selepas  apa yang berlaku.Fikri mengangguk.“Saya sudi.”Katanya ceria.Arem tersenyum lemah.Haru yang berada di sebelah wad Areum turut tersenyum.

 

Tok!Tok!Tok!Tok!

 

           Pintu bilik diketuk.“Masuk!”Kata Haru.Pintu dibuka.Kelihatan sekumpulan remaja lelaki dan Tok Ayah beserta Pak Lang Din.“Kami ni  kawan-kawan Fikri,datang nak melawat Areum,”Kata salah seorang dari mereka.Yang lain hanya tersenyum.Tok Ayah dan Pak Lang Din juga tersenyum.

 

           Mereka bersembang dan berbual mesra.Selain daripada Fikri,Areum turut berkawan dengan Aiman,Iqmal,Farhan,Dennis,Ravi,Leon,Haikal dan Chee Seng.Tok Ayah membenarkan mereka berkawan tetapi mengingatkan mereka agar menjaga batas-batas pergaulan,menjaga adab dan percakapan dalam berkawan.Mereka semua mendengar dengan teliti dan menganggukkan kepala.Haru turut menjadi kawan mereka semua.

 

       Walaupun mereka semua telah melalui insiden yang pahit dan sukar dilupakan,namun kini mereka semua mampu mengukir senyuman dan bergelak ketawa bersama.

 

        Areum mengukir senyuman.‘Tak sabar nak bersekolah!’Bisik hati kecilnya.

 

 

 

 

BAB 5:SEKOLAH BARU,SUASANA BARU!

 

 

      Areum memasang tag nama pada tudungnya.Walaupun namanya dieja dan ditulis dalam Bahasa Korea(Hangul),dia rasa tidak mengapa kerana dia belum mempunyai tag nama dalam Bahasa Malaysia dan pakaian seragam lengkap.

 

      Disebabkan insiden minggu lepas,Haru dan Areum lewat seminggu bersekolah.Baru hari ini mereka berdua  hendak didaftarkan.

 

      Areum mengemaskan seragamnya.Dia mengenakan seragam semasa bersekolah di Korea dahulu.Dia turut mengatur tudungnya.Dia mengenakan tudung  bawal.Semasa di Korea dahulu,guru-guru tidak melarang Areum dan Haru mengenakan tudung bawal,selendang mahupun shawl.Pakailah tudung apa sekalipun dan buatlah fesyen macam mana sekalipun asalkan tidak keterlaluan dan tidak sesuai.Areum hanya dibenarkan memakai tudung berwarna hitam dan kelabu manakala Haru pula hanya boleh memakai tudung berwarna biru gelap dan kuning air.

 

      Selepas berpuas hati dengan penampilannya,Areum mencapai beg sekolahnya dan turun ke ruang makan.Di sana,Pak Lang Din,Pak Su Min,Nek Sal dan Tok Ayah sedang menunggu.Haru enam langkah di belakangnya.

 

      “Semua sudah di sini?Baiklah, kita sudah boleh makan.Bismillahhirrahmannirrahim...”Tok Ayah membaca doa makan manakala yang lain menaminkan.Sarapan pada hari itu adalah nasi goreng daging,sandwich tuna dan susu segar.Mereka semua makan dengan berselera.

 

        Pak Lang Din orang pertama habis makan. “Din pergi sekolah dulu ya,Assalamalaikum,bye ayah,bye umi,bye semua.Haru!Jumpa di sekolah nanti ya?Bye!”Kata Pak Lang Din lalu menyalami Tok Ayah,Nek Sal dan Pak Su Min sebelum keluar rumah.Pak Lang Din bersekolah di sekolah yang sama dengan Haru.

 

        “Pak Su Min tak pergi kelas hari ini?”Tanya Haru. “Ada,tapi pukul sepuluh pagi nanti.Sekarang baru pukul 6:42 pagi.”Balas Pak Su Min selamba.Kedengaran deruman enjin motorsikal keluar dari perkarangan rumah.Pak Lang Din perlu datang ke sekolah sebelum pukul tujuh pagi kerana dia merupakan salah seorang pengawas sekolah.

 

        Areum hanya diam.Dia agak  berdebar-debar kerana hari ini adalah hari baru persekolahannya di sini.Macam mana agaknya persekolahan di sini?Agaknya sama tak dengan persekolahan di Korea?Pertanyaan itu sedang bermain-main di fikirannya.

 

      “Nanti Min dan Tok Ayah akan pergi mendaftarkan kamu berdua di sekolah masing-masing,”kata Tok Ayah kepada Areum dan Haru tetapi Areum tidak mendengarnya.Dia berada di dunianya sendiri.

 

       “Areum?Areum!Areum!Hei,Areum!”Panggil Pak Su Min sambil memmetikkan jarinya di hadapan muka Areum.Areum tersentak. “Oh!Mianei...”Kata Areum lalu menundukkan kepalanya.

       “Kamu janganlah risau,mesti ramai yang ingin berkawan dengan kamu nanti,”kata Pak Su Min sambil menjongketkan kerusi.Areum memandang pak ciknya itu .

 

       “Dan manalah tahu,nanti ada seorang dua yang ‘sangkut’ pada kamu,”Kata Pak Su Min lagi sambil menaikkan keningnya dan tersengih.Areum tidak faham maksud kata-kata pak ciknya itu.

 

       “Ish!Kamu ni Min,suka betul menyakat anak saudara kamu.”Tegur Nek Sal.Tok Ayah hanya tersenyum.Areum dan Haru berpandangan antara satu sama lain.

 

        “Sudah,sudah,cepat habiskan sarapan tu,nanti terlambat  pula ke sekolah.”Kata Tok Ayah.Mereka segera menghabiskan sarapan masing-masing.

 

 

          Jam menunjukkan pukul 7:15 pagi.Haru baru sahaja selesai mendaftar.Dia di bawa ke kelasnya sebentar tadi.Kini,giliran Areum mendaftar di sekolah sebelah.Mereka berbeza sekolah kerana  belajar dalam aliran berbeza.Haru belajar seni dan lukisan manakala Areum pula pengetahuan am dan IT.Sekolah baru mereka menyediakan aliran tersebut.

 

          Areum berdebar-debar.Dia rasa seperti jantungnya hendak pecah.Dia berselawat dan berzikir untuk menghilangkan rasa gemuruh yang dirasainya.Akhirnya,mereka tiba di Sri Alamanda IT and Culture Secondary School.Areum kagum melihat reka bentuk bangunan dan suasana sekolah itu.

 

          Biarpun tidak sama seperti sekolah lamanya dulu,Areum merasa selesa berada di sini.Dia,Pak Su Min dan Tok Ayah pergi ke Pejabat AM yang terletak di blok pentadbiran.

 

        Encik Sulaiman,pengetua sekolah tersebut mengalu-alukan kedatangan Areum. “Saya harap Areum selesa belajar di sini walaupun suasananya berbeza dan sekolah ini tidak sehebat sekolah lama anda,”kata Encik Sulaiman dengan mesra.

 

      “Gwenchana,saya okey sahaja.Kamsahamnida,saya pasti akan dapat menyesuaikan diri di sini nanti.Kamsahamnida...”balas Areum sedikit gugup dan malu.

 

       Guru Kanan Hal Ehwal Murid,Encik Ihsan membawa Areum ke kelasnya,Tingkatan 4 Intelligent.Tok Ayah dan Pak Su Min sudah lama pulang.Sepanjang perjalanan,Areum berusaha menenangkan dirinya.Mereka tiba di kelas 4 Intelligent.Guru yang sedang mengajar berpaling apabila mendengar pintu kelas diketuk.Areum bersembunyi di belakang Encik Ihsan.

 

      Encik Ihsan berbincang sebentar dengan guru tersebut.Guru itu melihat Areum.Areum tersenyum manis tetapi pipinya merah merona kerana malu.Guru itu mempelawa Areum untuk masuk.Areum menurut sahaja.

 

      Seisi kelas merenung Areum dan berbisik.Areum hanya menunduk malu. “Kelas,hari ini kamu ada rakan baharu.Sila perkenalkan diri kamu.”Kata guru tersebut kepada Areum.Areum mengangguk .Dia menghela nafas dan membaca basmallah sebelum memperkenalkan dirinya.

       “Umm,Assalamualaikum dan  selamat pagi,annyeong haseyo,Nur Areum Humairah binti Mohd.Abdullah imnida.Saya berasal dari Seoul,Korea Selatan.Saya masih belum lancar bercakap dalam Bahasa Malaysia,jadi minta maaf jika saya banyak menggunakan Hangul dan bahasa rojak.Kawan-kawan boleh panggil saya Areum sahaja.That’s all from me,kamsahamnida...”Areum menghela nafas dan membongkokkan sedikit badannya sebaik sahaja selesai berucap. Walaupun suaranya kecil tetapi dia pasti yang seisi kelas mampu mendengar apa yang dia katakan.

 

         Seisi kelas mulai kecoh. “Wah,kelas!Nampaknya kawan baru kamu ini berasal dari luar negara,Korea!”Kata guru tersebut dengan nada teruja.

 

       “Wah,Korea!” “Korea?Wah,jauh tu!” “Negara K-pop tu?” “Apa kau cakap tadi?Tak dengar sangat,” “Macam menarik  dia ni.Aku nak kawan dengan dialah.”Murid-murid Kelas 4 Intelligent gamat apabil mengetahui Areum berasal dari Korea.Areum mula rasa jantungnya berdegup kencang dan seperti akan meletup.

 

       “Kelas,tolong senyap!”Kata guru tersebut kepada anak-anak muridnya. “Cikgu!Boleh tak kalau kita berkenalan dengan pelajar baharu ni?”Tanya seorang pelajar bercermin mata. “Baiklah,baiklah,tetapi jangan terlalu bising,”kata guru tersebut lalu pergi ke belakang kelas.Areum pula diminta duduk di hadapan kelas.

 

“Baik,mulakan,”kata guru itu lagi.

 

      “Awak dilahirkan di Korea atau pindah ke sana dan menetap di situ?”Tanya seorang pelajar perempuan yang bertudung. “Umm,saya memang dilahirkan di sana,”Jawab Areum. “Awak ada berapa orang adik-beradik dan awak anak yang keberapa?”Tanya pelajar lain pula. “Saya ada lapan orang adik-beradik dan saya merupakan anak yang kelima,” “Semua adik-beradik awak ada nama orang Korea?” “Tak,kami dinamakan mengikut tempat lahir kami,” “Maksudnya?”

 

      “Bukan semua adik-beradik saya lahir di Korea.Saya lahir di Korea jadi saya ada nama orang Korea.Abang saya pula lahir di Jepun jadi dia ada nama orang Jepun.Dan begitulah seterusnya,”Jelas Areum.Mereka semua mengangguk.

 

      “Awak pindah ke sini dengan ibu bapa awak?” “Tidak,dengan unnie saya.Ah!Err,maksud saya,kakak saya,”Areum mula merasakan nafasnya pendek kerana cemas.

 

      “Awak pernah jumpa G-Dragon dan Se7en?Big Bang?EXO?Super Junior?Macam mana dengan Girls Generation dan Miss A?Pernah tengok konsert mana-mana artis K-pop?Awak minat K-pop?Awak ada barangan eksklusif atau tandatangan artis K-pop tak?”Tanya seorang pelajar perempuan yang berambut panjang hingga ke paras pinggang dengan nada teruja.

 

     “Err...Pernah jumpa tetapi saya jarang pergi konsert K-pop.Maybe one or two times only in a year.Sejujurnya saya tak minat K-pop,saya lebih suka muzik klasik.Fasal barang-barang dan tandatangan tu,adalah sedikit...”Jawab Areum perlahan.Pelajar perempuan  itu hanya mengangguk sambil tersenyum lebar.

 

     Sesi berkenalan itu berakhir apabila lonceng berbunyi menandakan waktu kedua sudah tamat. “Okey kelas,sampai di sini sahaja,” “Terima kasih cikgu!”Guru itu mengemaskan barang-barangnya.

 

       “Oh,ya!Areum,kamu boleh duduk di sebelah Hafizah.Nurul,kamu pindah ke belakang dan duduk di sebelah Nora.Bagi Areum duduk di hadapan supaya lebih mudah untuk dia belajar dalam kelas nanti.Dan Areum,saya ialah Cikgu Dayang Safina,panggil Cikgu Dayang sahaja.Guru Matematik kamu.”Kata Cikgu Dayang sambil tersenyum lalu keluar kelas.Nurul sudahpun pindah ke belakang.Areum duduk di sebelah Hafizah.

 

      Hafizah tersenyum pada Areum. “Assalamualaikum,nama saya ialah Nurul Hafizah,” “Waalaikumsalam,saya Areum,”Areum menyambut huluran tangan Hafizah dengan tersipu-sipu.

 

     Mereka melepaskan tangan dan terus membuat kerja masing-masing. “Err,maaf...”Kata Areum kepada Hafizah.Hafizah berpaling. “Ya,kenapa?”Tanyanya.

     “Umm,ma...mata...matapelajaran selepas...ini...a-apa ya?”Tanya Areum gugup dan tergagap-gagap.Hafizah geli hati melihat gelagat Areum. “Hihihi...Kelakar saya tengok awak ni,”kata Hafizah sambil ketawa kecil.Areum tertunduk malu.

 

     “Awak nak tahu matapelajaran selepas ini,kan?”Tanya Hafizah.Areum mengangguk perlahan. “Baiklah,matapelajaran selepas ini ialah...”

 

BAK!

 

    Belum sempat Hafizah menghabiskan ayatnya,pelajar berambut panjang itu menghentak meja mereka berdua sambil tersenyum lebar.Hafizah dan Areum serta beberapa orang pelajar berdekatan  terkejut.Areum dapat merasakan seolah-olah jantungnya sudah berhenti.

 

    “Hai!Awak Areum,ya?Maksudnya cantik,kan?Mesti seronok sangat tinggal di   Korea,kan?”Tanyanya ceria. “Siti!Awak tidak tahu panggil elok-elokkah?”Marah Hafizah. “Alaah,bukannya awak pengsan pun,dan lagi satu saya hendak bercakap dengan dia dan bukannya awak,”Cebik Siti.

 

     “Sekurang-kurangnya beradablah sedikit.Kalau dia pengsan tadi bagaimana?Awak cubalah tunjukkan imej baik orang Malaysia.”Marah Hafizah lagi.

 

     “Su...Sudah-sudahlah,gwenchanayo,saya baik-baik saja,”Areum cuba meleraikan mereka berdua.

 

     Siti hanya mencebik kepada Hafizah kemudian berpaling semula ke arah Areum. “Awak pernah jumpa mana-mana artis Korea face-to-face tak?”Tanya Siti lagi tanpa menghiraukan Hafizah.

 

    Hafizah geram melihat Siti berbuat begitu. “Siti,daripada awak sibuk fasal K-pop lebih baik awak pergi belajar,sekarang!”Tegas Hafizah.Siti yang mendengarnya berasa jengkel. “Nanti kita cakap lagi ya?Bye!”Kata Siti sambil melambai kepada Areum dan kembali ke tempat dudduknya.Areum membalas lambaian Siti sambil menjeling ke arah Hafizah.

 

     Areum hairan kenapa Hafizah seperti bermusuh dengan Siti. “Matapelajaran selepas ini ialah Bahasa Melayu.”Kata Hafizah acuh tak acuh sambil mencebik. Mungkin masih marah dengan kejadian tadi.

 

     “Umm,thanks...”Areum mula berasa tidak sedap hati.Tidak lama selepas itu,guru yang mengajar Bahasa Melayu masuk ke dalam kelas.Seperti biasa,ketua kelas memberikan ucapan selamat.Kemudian,mereka diminta untuk duduk semula.

 

      “Baiklah,sebelum saya memulakan sesi pembelajaran,saya difahamkan ada seorang pelajar baru dari luar negara dalam kelas ini.Boleh saya tahu siapa orangnya?”Tanya guru tersebut.

 

     “Itu,cikgu.Dia duduk di sebelah Hafizah.”Kata seorang pelajar lelaki sambil menunjuk Areum.Areum mula panik. ‘Bertenang,bertenang Areum...’bisik hati Areum.Dia mula merasakan dirinya berpeluh dan badannya seolah-olah menggigil.

 

     Guru itu memandang tepat ke arah Areum.Dia kemudiannya mengangguk perlahan. “Nama saya ialah Cikgu Kieven Teo tapi panggil saya,Cikgu Kieven sahaja.Saya dimaklumkan bahawa kamu baru berpindah dari luar negara.Boleh saya tahu dari negara mana?”

 

     Pertanyaan itu membuat Areum sedikit gugup. “Umm...Sa-saya dari Seoul,Korea.”Jawab Areum perlahan. “Oh,Korea.Baiklah,saya harap kamu dapat ikuti kelas saya dengan baik.Sekiranya ada masalah,jangan segan untuk bertanya,ya?”Kata Cikgu Kieven sambil tersenyum manis.

 

    ‘Oh,rupa-rupanya Cikgu Kieven ni peramah dan mesra orangnya.Ingatkan garang tadi,’Bisik hati Areum.Hatinya mulai  tenteram  dan degupan jantungnya mulai beransur-ansur stabil kembali. “Ne,arasso,ko-map-sum-ni-da.Bang-gap-sum-ni-da,Kieven song-seng-nim.”Balas Areum sambil tersenyum.Areum masih lagi berasa malu dan gemruh tetapi kini perasaan itu sudah kurang sedikit.

 

     Cikgu Kieven mengajar dengan kaedah yang senang dan mudah difahami.Walaupun Areum kurang faham dengan apa yang diajar,dia tahu yang kaedah pengajaran Cikgu Kieven adalah mudah dan senang untuk difahami.

     Tanpa disedari,waktu rehat pun tiba.Hafizah sudah awal-awal lagi keluar.Lebih kurang 10 minit sebelum waktu rehat tiba.Tiada sesiapa pun yang ingin mengajaknya untuk makan bersama.Siti sudah awal-awal lagi sudah keluar dan berjalan bersama rakan-rakannya.Areum ada bawa bekal yang dibekalkan oleh Nek Sal tetapi dia tidak tahu hendak makan di mana.

 

    “Hei,budak baru!Awak mesti keluar sekarang.10 minit pertama masa rehat semua pelajar mesti berada di luar kelas.Cepatlah keluar,saya nak kunci pintu kelas ni!”Rungut ketua kelas sambil bercekak pinggang.

 

     “A-ah!Mi-mianei!Sebentar ya!”Areum cepat-cepat mengemas barangnya dan keluar kelas.Dia sempat meminta maaf sebelum berlari pergi.Ketua kelas itu cuma merengus dan terus mengunci pintu kelas.`

 

      Areum tidak tahu ke mana arah tujunya.Tiba-tiba,dia ternampak banyak pelajar di suatu tempat.Ada papan tanda tertera KANTIN SEKOLAH di hadapan bangunan itu. “Mungkin inilah kantin sekolah.Makan di sana sajalah.”Areum terus ke kantin sekolah.

BAB 7:FATEFUL ENCOUNTER

 

 

 

 

 

 

 

 

       Areum dapati hampir kesemua tempat sudah penuh.Tiba-tiba dia dapati ada dua buah meja yang masih kosong tidak berpenghuni.Areum terus duduk di situ dan membuka bekalnya.Usai membaca doa makan dan membaca basmallah,Areum menyuapkan sesudu nasi goreng daging ke dalam mulutnya.

 

       Areum terus mengunyah makanan di dalam mulutnya sambil merasakan ada berpuluh pasang mata sedang memerhatikan dirinya.

 

      ‘Eh,kenapa mereka perhatikan aku?Pelik sangat ke kalau aku bawa bekal?’Bisik hati Areum. ‘Ataupun  mereka hairan tengok seragam aku ni?’Perasaan negatif mula menyerang Areum.

 

       ‘Hmm,pedulikan sajalah.’Areum meneruskan suapannya sambil diperhatikan pelajar-pelajar lain.Tiba-tiba,datang sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan ke situ.Mereka ialah antara pelajar popular dan orang kuat sekolah dalam bidang kokurikulum dan bidang akademik.Selain daripada bergaya dan mempunyai wajah yang tampan dan cantik,sebahagian daripada mereka berasal dari keluarga yang berada.

 

          Tetapi mereka adalah kumpulan yang sering membuli pelajar-pelajar yang lain.Areum tidak sedar bahawa tempat yang dia sedang duduki adalah tempat lepak khas untuk mereka.

 

        “Eh,Remy!Ada orang duduk kat tempat duduk kaulah.”Kata salah seorang daripada mereka.pelajar yang bernama Remy itu segera melihat ke arah tempat duduk biasanya.Dia melihat ke arah Areum yan sedang duduk di tempat duduknya.

 

         “Wah,beraninya budak tu duduk kat tempat you,Remy!”Kata Sasha dengan nada yang gedik.Dia merenung tajam ke arah Areum yang sedang makan.

 

         “Mesti budak baru dia ni,murid-murid lain kan dah tahu yang tempat tu kita yang punya,”Kata Naim sambil menguak rambutnya.

 

         “Apa lagi,jomlah serang.”Kata Tasha sambil menaikkan keningnya.Mereka terus  berjalan ke arah  Areum.Murid-murid lain yang menyedari kehadiran mereka segera mengelak dan menyepikan diri.Mereka seboleh-bolehnya tidak mahu mencari masalah dengan mereka semua.

 

        “Hei,budak!”Jerkah Mia sambil mengetuk meja.Areum tersentak dan menoleh ke kanannya. “You tahu tak yang  this place are ours?And you berani-beraninya duduk kat tempat kami!”Marah Sasha.

 

         Areum mula kecut perut.Pipinya mula memerah.Pipi Areum sering memerah apabila emosinya tidak stabil.  

 

        Areum terlalu gementar dan dia tidak rasa dia dapat bercakap dalam Bahasa Melayu.Lebih baik guna Bahasa Inggeris dan Hangul sahaja.

 

       “Umm,eh,err...” “Dan kau ni budak baru?Apa fasal seragam kau ni lain macam je aku tengok.Kau pakai tudung bawal?”Soal Joe sambil memerhatikan Areum dari atas ke bawah. “Apa hal diam?Tiba-tiba bisu pula?”Mia menjegilkan matanya.

 

        Degupan jantung Areum mula menjadi-jadi. “Mi-mianei!I-I don’t know that this was your p-place!”Jawab Areum tersekat-sekat.

 

       Suara Areum agak kuat dan semua orang  melihat ke arah mereka. “Hah?!”Kata mereka semua hampir serentak. “Wah,siap speaking kau jawab soalan kami eh?”Kata Tasha sambil senyum sinis.

 

      “Mianei,mianei,gwenchana,I’ll go to somewhere else...”Baru sahaja Areum hendak bangun,dia ditolak sehingga terduduk oleh Emilia. “Hello!Siapa cakap kau boleh pergi.Cakap!Kau ni budak baru?”Jerkah Sarah.

 

      “A-ah!Mi-mianei!Umm,ac-actually I’m a transfer student from Seoul,South Korea and I just transferred here today,so I don’t know very much about this school.I’m really sorry,I didn’t mean to make you angry.”Jelas Areum panjang lebar.

 

      Semua yang mendengar penjelasan Areum agak terkejut. “Huh, ni kau baru pindah dari Korea?”Soal Danny. “Umm,y-yeah...”Areum rasa mungkin dia akan menangis atau terkencing di situ jika keadaan ini berterusan.

 

     “Hei,Remy!Kenapa kau ni diam je ni?”Sergah Arul sambil memetik jarinya di hadapan wajah.“H-hah?!Ap-apa dia tadi?Oh,umm...”Remy baru tersedar dari lamunannya.

 

     “Mi-an-ham-ni-da...”Kata Areum lagi.Dia masih terketar-ketar.